Thursday, June 30, 2016

6 Rahsia Memikat Hati Wanita


Setiap lelaki pasti inginkan perhatian daripada wanita terutamanya jika hendak mencari pasangan hidup. Jika anda sering gagal dalam usaha mencari pasangan hidup, ketahuilah 6 rahsia bagaimana menarik perhatian wanita agar anda mudah didekati.

Rahsia #1: Wanita Tidak Suka Ditemuramah

Percaya atau tidak, kebanyakan wanita tidak suka menjawab pertanyaan seperti sedang ditemuramah. Jangan terlalu tunjukkan yang anda dominan dan menguasai keadaan. Jadilah pendengar dan beri peluang si dia untuk bercakap. Jangan suka menyampuk kerana kalau tersilap langkah akan menyebabkan si dia menyampah dengan anda.

Rahsia #2: Yakin Pada Diri Sendiri

Wanita suka lelaki yang mempunyai keyakinan diri. Jangan teragak-agak memberi pendapat dan jangan malu-malu bercakap dengan si dia. Keyakinan diri penting dalam memulakan ikatan persahabatan dan teman rapat. Kekalkan keyakinan diri anda sepanjang masa tidak kira di tempat kerja atau di mana sahaja. 

Rahsia #3: Jangan Bercakap Besar

Semasa bercakap dengan si dia, cuba kawal apa yang diucapkan. Kadang-kadang secara tidak sedar kita asyik bercakap mengenai diri kita sahaja dan menyebabkan salah tanggapan, seperti bercakap besar pula. Rendahkan diri kerana ketika mula berkenalan, bercakap besar tidak diperlukan. Anda hanya perlu menjadi seorang pendengar yang baik dan memberi respon pada setiap perkara yang dibincangkan.


GKD
Klik Untuk Maklumat Lanjut


Rahsia #4: Rileks

Ya betul, rileks la bro... jangan gagap dan kehabisan idea untuk bercakap pula. Ini biasa berlaku sebap ketika anda bercakap dengan seseorang yang anda minati, jantung anda berdegup lebih kencang dan anda dalam "mode" berhati-hati bercakap. Yelah, takut tersilap cakap kan nanti si dia terasa pula gurauan anda. Tenangkan diri, jadilah yakin apabila bercakap. Jangan berpura-pura di hadapan dia. Jadilah jujur dan sentiasa tunjukkan diri anda yang sebenar.

Rahsia #5: Jadilah Sedikit Misteri

Jika si dia bertanya, jangan jawab panjang lebar detail jawapannya. Sebaliknya, berikan jawapan yang ringkas dan lebih bersifat clue. Barulah si dia akan terbayang-bayangkan anda selalu kerana ada sahaja pertanyaan yang masih belum habis terjawap bermain di fikirannya. Itu bermakna, peluang untuk keluar dating dengan si dia lebih cerahlah nampaknya.

Rahsia #6: Tunjukkan Anda Lebih Melindungi dan Memahami

Maksudnya, jika si dia terkejut dan berasa takut apabila ternampak lipas atau serangga, janganlah anda pun ikut sama menjerit dan takut. Tunjukkan kelelakian anda bagi mengelakkan serangga tu daripada mengganggu. Contoh lain, kalau si dia sakit perut dan perlukan ubat, datanglah padanya dan berikan bantuan anda. Pergilah tolong belikan ubat di farmasi kalau perlu.

6 rahsia di atas jika anda praktikkan, nescaya anda menjadi seorang jejaka yang diidam-idamkan oleh mana-mana wanita. Tapi jangan salahkan saya pula kalau anda diganggu oleh ramai wanita yang hendak berkenalan lepas ni ya. Hehehe.. selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment