Wednesday, June 29, 2016

Membina Personaliti Yang Menarik Minat Wanita


Personaliti diri adalah sangat penting dalam diri seorang jejaka idaman. Penjagaan diri secara luaran sahaja belum cukup untuk menjadikan seseorang itu Jejaka Idaman Wanita. Jadi dalam post kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips untuk membina personaliti menarik.

Tips Pertama: KETAHUI BAKAT ANDA

Semua orang pasti menyukai seseorang yang boleh melakukan sesuatu dengan hebat. Kemungkinan anda sudah memiliki bakat yang anda sendiri pun tidak sedar memilikinya. Anda harus mencari bakat tersebut dan asah sehingga menjadi kepakaran anda. Sebagai contoh, jika anda pandai bermain gitar, cuba fokuskan bermain lagu-lagu bertemakan cinta dan mainkan lagu-lagu tersebut ketika bersama rakan-rakan semasa berkelah, di pesta, atau di mana sahaja. Saya yakin pasti ada gadis yang akan mendekati anda dan mendengar lagu-lagu yang anda mainkan. Contoh lain, jika anda pandai memasak buatlah satu resepi yang sedap dan bekalkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Cara ini pernah dilakukan oleh salah seorang rakan saya dan hasilnya memang menakjubkan. Rakan sekerja yang dulunya malu-malu kucing untuk bercakap dengan dia kini menjadi rakan baik dan sering berkongsi resepi dengannya. Tentu sekali hubungan rapat sebegini boleh diteruskan ke tahap yang seterusnya. Hebat bukan?

Tips Kedua: MUDAH BERGAUL

Janganlah jadi seorang yang suka berperap di rumah pada hujung minggu. Bergaullah dengan rakan-rakan dan kenalan anda. Pergi sertai aktiviti-aktiviti mereka dan bergaullah dengan riang. Tetapi jangan pula bergurau keterlaluan ya. Ada sesetengah orang memang tidak suka dengan gurauan yang keterlaluan. Jadi jagalah batasannya.

Bergaul dapat menaikkan keyakinan diri anda. Lebih banyak anda bergaul, lebih banyak anda tahu reaksi rakan terhadap cara pergaulan anda. Jika rakan menunjukkan raut wajah yang kurang senang dengan topik yang anda cakapkan, tukarkan ke topik lain. Jangan teruskan juga nanti ada orang menyampah pulak. Dalam sesetengah keadaan, berdiam dan mendengar adalah sangat perlu. Jika wanita idaman anda tu bercakap tentang dirinya, jangan menyampuk, lebihkan mendengar apa yang ingin dikatakan oleh dia.

Tips Ketiga: BERBUAT BAIK DAN MENGHORMATI

Jika si dia perlukan pertolongan, jangan lokek untuk membantu. Hormati dia dan jangan ambil kesempatan terhadap masalahnya. Jika anda selalu bantu dia dalam hal-hal kecil dan besar, pasti dia akan berasa segan dan malu-malu dengan anda. Membantu sememangnya amat perlu, tapi jangan lakukan seperti orang yang terdesak (desperate) sehingga rakan-rakan sekerja mempersendakan anda atau si dia pula. Buat baik pada semua rakan-rakan anda dan rakan-rakan si dia supaya anda tidak kelihatan seperti berpura-pura baik dengan si dia seorang sahaja. Berbuat baiklah kepada semua dan hormatilah orang lain sebap sifat inilah yang memudahkan seseorang itu tertarik dengan anda.

Cukup 3 tips untuk anda praktikkan.. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment