Keyakinan diri merupakan salah satu rahsia yang perlu ada dalam diri setiap lelaki sejati. Lihat post 6 Rahsia Memikat Hati Wanita untuk mengetahui rahsia-rahsia yang lain. Dalam post kali ini, saya akan huraikan secara terperinci bagaimana caranya membina keyakinan diri.
Tips #1: Cara Berpakaian & Gaya Berjalan
Percaya atau tidak, pertama sekali wanita akan melihat cara anda berpakaian dan kemudian cara anda berjalan. Kombinasi cara anda berpakaian dan berjalan dapat menjadi tarikan utama anda untuk memikat wanita. Oleh itu, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai mengikut trend masa kini dan ubah cara berjalan anda supaya lebih kelihatan maskulin. Berjalanlah dengan tenang dan melangkah dengan perlahan.
Tips #2: Bertentang Mata Ketika Bercakap
Tahukah anda bahawa bertentang mata ketika bercakap mampu menarik perhatian wanita? Ini disebabkan lelaki yang mampu mengekalkan pandangan mata ketika bercakap kelihatan lebih yakin. Walaubagaimanapun, bukan semua lelaki mampu bertentang mata ketika bercakap. Biasalah, kalau malu-malu mesti tak berani kan? Jika masih belum berani bertentang mata ketika bercakap, cuba pandang bibir. Kebanyakan wanita tidak akan perasan anda memandang bibir mereka kerana mereka menganggap anda tetap memandang mereka ketika bercakap.
Tips #3: Senyum & Ucapkan Terima Kasih
Kadangkala dalam perbualan, wanita akan memuji anda. Cubalah senyum dan ucapkan terima kasih. Janganlah pula tunduk sambil tersengih sahaja. Pujian akan membuatkan kita berasa malu secara semulajadi. Tetapi anda harus lawan perasaan malu tersebut dan ucapkan terima kasih jika dipuji. Anda pasti kelihatan lebih yakin di hadapan si wanita.
![]() |
| Klik Untuk Maklumat Lanjut |
Tips #4: Jangan Bercakap Negatif Tentang Diri Anda
Apabila bercakap mengenai diri anda di hadapan wanita yang baru anda kenali, cuba jangan cakap sesuatu yang negatif. Walaupun tujuan anda mahu bercakap jujur, jangan ucapkan sesuatu yang negatif tentang diri anda di hadapan wanita yang baru anda kenali kerana tindakan ini akan menyebabkan hubungan antara anda dan dia lambat berkembang. Anda boleh dedahkan perkara negatif tentang diri anda selepas hubungan kekasih di antara anda dan dia telah terjalin kerana ketika itulah keyakinan dalam perhubungan harus dipupuk.
Tips #5: Bertindak Terus (Direct)
Terus lakukan apa yang anda ingin lakukan. Jangan berpura-pura lakukan sesuatu kerana apabila wanita mendapat tahu tujuan sebenar anda, itu hanya akan merosakkan hubungan anda dengan dia. Jika anda berniat untuk membawa si dia menonton wayang, katakan terus kepada dia. Jika anda mahu ucapkan anda sukakan dia, ucapkan terus tanpa berasa segan. Apabila anda ingin membayar makanan semasa makan bersama di restoran, bayar terus dan jangan ragu-ragu lagi. Tindakan anda ini akan menyebabkan wanita yang anda sukai itu melihat anda sebagai seorang yang berkeyakinan dan matang.
5 tips di atas sudah cukup untuk membina keyakinan diri anda. Cuba praktikkan dan lihat bagaimana anda berubah menjadi seorang yang lebih matang dan disukai wanita.


No comments:
Post a Comment