Tuesday, June 28, 2016
Tips Bagaimana Menarik Perhatian Wanita
Hai sahabat. Tips kali ini adalah tentang bagaimana cara menarik perhatian wanita agar anda dapat memikat si dia dengan lebih mudah sama ada di tempat kerja, ketika bercuti di luar negara, atau di mana-mana sahaja anda berada. Tidak kira tempat, tips ini pasti membantu anda.
Tips Pertama: JAGA KEBERSIHAN DIRI
Sangat sedikit wanita yang tidak rasa terganggu apabila berada dekat dengan seorang lelaki yang berbau badan, baju selekeh, rambut tidak terurus, dan kotor. Lelaki muda kebanyakannya tidak kisah dengan kebersihan diri dan seringkali mengabaikannya. Walaupun kebanyakan wanita cuba untuk menutup fikiran negatif mereka terhadap seseorang yang kotor, tetapi dalam diri mereka tetap lebih menyenangi seseorang yang pandai menjaga kebersihan diri.
Cuba lihat diri anda, adakah anda kurang menjaga kebersihan diri? Badan berbau, pakaian tak kemas, dan rambut tidak bersikat? Jika ya, berkemungkinan ini salah satu sebap kenapa anda tak mempunyai ramai teman-teman wanita.
Kebersihan diri adalah WAJIB bagi lelaki yang ingin menarik perhatian wanita, terutamanya wanita idaman. Pastikan mandi setiap pagi dan petang, pakai minyak wangi atau deodorant, kemaskan rambut, jambang, dan misai, serta berus gigi selalu (ini harus ya).
Tips Kedua: BERPAKAIAN KEMAS
Tips kedua ni ada kaitan dengan tips pertama tadi. Pakaian yang kemas mencerminkan penjagaan diri yang bersih. Tidak perlulah beli pakaian yang mahal-mahal untuk kelihatan kemas. Pakaian yang kemas juga haruslah bersesuaian dengan tempat dan keadaan. Contohnya, ketika di pejabat di tempat kerja, pakailah kemeja, seluar, dan kasut yang sesuai. Baju kenalah "Tuck-In" jangan dibiarkan terlepas. Kalau anda pandai mengikuti trend berpakaian lagi bagus. Tetapi janganlah pakai pakaian ala-70an dengan seluar "bell-bottom" ya. Peka terhadap trend masa kini barulah nampak lebih stylish. Si dia yang anda minati pun pasti berdebar-debar bila berjumpa dengan anda.
Tips Ketiga: MINYAK WANGI
Ini boleh dikira wajib kalau anda betul2 nak pikat wanita impian anda. Bau badan setiap manusia ni tidak sama. Ada yang kuat sampai boleh pening kepala dan ada yang tidak keluar bau langsung. Jadi untuk mengetahui jika badan anda berbau kuat, tanyalah rakan rapat anda. Kadang-kadang kita sendiri cuba untuk hidu bau badan tapi secara semulajadinya kita memang susah mengesan bau badan sendiri. Jadi cuba tanya kawan anda.
Memilih minyak wangi pun ada caranya. Jangan dipilih minyak wangi yang terlalu kuat baunya pula. Cara yang mudah, pergi tanya promoter wanita. Sebabnya, promoter wanita ni pasti tahu bau yang wanita senangi. Daripada pengalaman admin, Bau yang ringan (light) lebih disenangi oleh wanita. Jadi boleh la dicuba ya.
Nantikan lebih banyak tips-tips lagi di post akan datang...
Labels:
Tips Jejaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment