Tuesday, July 12, 2016

Jangan Lakukan Semasa Janji Temu Pertama Anda Dengan Si Dia


Anda ada "first date" dengan si dia? Fikiran tak menentu dan risau jika janji temu anda tidak seperti yang diharapkan? Tips-tips ini ditujukan khas untuk lelaki sahaja tetapi sesetengah tips boleh diguna pakai oleh wanita juga.

Jangan lakukan ini semasa janji temu pertama anda...

No #1: Bertanya Masa dan Tempat

"Kat mana u nak pergi? Pukul berapa?". Itulah pertanyaan-pertanyaan yang seringkali ditanya ketika hendak menentukan lokasi dan masa temu janji dengan seseorang. Jika anda membuat temu janji dengan si dia untuk pertama kalinya, amat disarankan anda sebagai lelaki mencadangkan lokasi dan masanya terlebih dahulu. Jadilah "decisive" kerana anda akan lebih dihargai oleh si dia. Jika si dia berasa kurang sesuai dengan masa dan lokasi yang dicadangkan, dia akan beritahu juga kelak. Jangan risau.

No #2: Tiada Idea Perbualan

Percaya atau tidak, ramai yang berasa kekok ketika pertama kali berjanji temu dengan pasangan sehingga terlupa atau tak tahu langsung apa nak dibualkan. Kadang-kadang topik perbualan asyik benda yang sama berulang-ulang dan ini menyebabkan anda dan si dia semakin tidak selesa berbual. Jadi amat disarankan sebelum berjumpa dengan pasangan anda, cuba cari topik-topik yang sesuai untuk dibualkan dan ingatlah topik-topik tersebut dalam memori anda. Tak perlu buat nota, nanti tambah kekok pula. Kalau dah fikirkan apa topik perbualan tetapi terlupa juga semasa bertemu, itu kenalah tanggung sendiri ya. Hehe...

No #3: Datang Lewat

Jangan datang lewat kerana ini akan membuatkan si dia marah dan kurang selesa dengan tindakan anda. Kalau lewat pun jangan lebih 15 minit. Bukan untuk janji temu pertama sahaja tetapi setiap kali janji temu pastikan anda menepati waktu. Sesiapa pun pasti akan berasa marah jika menunggu seseorang untuk tempoh masa yang lama. Jadi tepati masa!

No #4: Tidak Memakai Deodorant / Minyak Wangi

Sebaik-baiknya pakailah minyak wangi atau deodorant kerana ini temu janji pertama anda. Kalau badan berbau hapak tentulah menjatuhkan "saham" anda. Ini membuatkan temu janji anda kurang menyenangkan dan menyebabkan si dia kurang selesa mendekati anda. Apa lagi kalau tengah makan sambil terhidu bau badan anda pastilah si dia tak selera nak makan.

No #5: Asyik Marah dan Merungut

Ha.. ingat jangan asyik marah dan merungut semasa temu janji ye. Siapa pun pasti berasa kurang senang kalau mendengar rungutan. Panas sikit merungut, lambat sampai "order" makanan merungut, pening merungut, dan sebagainya lah. Sikit-sikit tak mengapa sebenarnya. Marah dan Merungut tu normal tapi jangan melebih-lebih sebab merungut ni boleh menyebabkan pasangan anda rasa menyampah. Belajarlah bersabar dan menjaga hati pasangan. 

No #6: Cakap Besar

Kadang-kadang secara tak sengaja kita bercakap besar mengenai diri sendiri. Biasalah manusia kan, suka tunjukkan kehebatan masing-masing. Tapi cakap besar ni kenalah bertempat juga. Kalau dengan pasangan anda cuba kawal sikit agar tak bercakap besar sebab anda perlu menjaga imej anda di hadapan si dia. Bukan nak berpura-pura tetapi kawalan diri atau "self-control" tu perlu agar anda dilihat lebih matang. Ada kalanya lebih baik cerita tentang kemegahan dan kebanggaan anda disimpan untuk diri anda sahaja sebagai motivasi diri. Tak perlu dikongsikan semuanya dalam satu masa. Perlahan-lahan jika pasangan anda sudah memahami anda baru lah anda boleh beritahu satu persatu.

Cukup 6 tips sahaja untuk kali ini. Kalau banyak-banyak dalam satu post pun nanti susah pula diingat dalam memori kan. Cuba aplikasikan 6 tips di atas dan jadilah jejaka yang menarik di mata wanita. 

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment